Jualan murah Nafas habis dalam tempoh 40 minit

Abd Rahman (dua dari kanan) memegang botol minyak masak yang dijual pada Jualan Murah Keluarga Peladang di Kampung Nelayan Sungai Besar di sini pada Khamis.
Abd Rahman (dua dari kanan) memegang botol minyak masak yang dijual pada Jualan Murah Keluarga Peladang di Kampung Nelayan Sungai Besar di sini pada Khamis.
A
A
A

SABAK BERNAM - Program Jualan Murah Keluarga Peladang di Kampung Nelayan Sungai Besar di sini habis dijual dalam tempoh hanya 40 minit sahaja.

Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Abd Rahman Bakri berkata, program pada jam 9 pagi itu mendapat sambutan amat menggalakkan terutama dalam kalangan masyarakat B40.

Menurut beliau, rata-rata penduduk berpuas hati apabila mereka dapat membeli barangan dapur pada harga 20 hingga 30 peratus jauh lebih murah berbanding pasaran, sekali gus dapat mengurangkan beban kewangan.

"Program jualan murah ini dianjurkan Nafas dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor ini bertujuan memberi peluang kepada penduduk sekitar membeli barang keperluan pada harga lebih menjimatkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Balai Raya Kampung Nelayan Sungai Besar di sini pada Khamis.

Abd Rahman
Abd Rahman

Abd Rahman memberitahu, sebanyak 600 barangan dijual iaitu masing-masing ayam, minyak masak dan beras di dua lokasi iaitu di Kampung Nelayan dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya pada petang.

"Menerusi jualan murah itu, tiga barangan dijual ialah seekor ayam pada harga RM8, minyak masak dua dan lima kilogram masing-masing RM13 dan RM25 serta beras lima kilogram pada harga RM6," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Abd Rahman (kiri) menunjukkan jualan ayam pada Program Jualan Murah Keluarga Peladang di Kampung Nelayan Sungai Besar di sini pada Khamis.
Abd Rahman (kiri) menunjukkan jualan ayam pada Program Jualan Murah Keluarga Peladang di Kampung Nelayan Sungai Besar di sini pada Khamis.

Jelas Abd Rahman, program jualan harga patut sebelum ini telah dilaksanakan dengan bantuan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di 22 kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dan DUN Sungai Air Tawar.

"Ini bermakna program seperi ini telah menjelajah 11 lokasi iaitu masing-masing di DUN Sabak dan DUN Sungai Air Tawar," kata beliau.