Nombor jersi pemain Belanda diberi ikut umur

Van Gaal
Van Gaal
A
A
A

PENGENDALI Belanda, Louis van Gaal mendedahkan bahawa beliau akan menentukan nombor jersi pemain-pemainnya yang akan beraksi di Piala Dunia 2022 berdasarkan usia mereka.

Bekas jurulatih Manchester United itu berkata, sebab utama di sebalik pemilihan nombor skuadnya bukan bergantung kepada keutamaan, sebaliknya kerana usia pemainnya dalam pasukan.

Beliau menegaskan bahawa angka itu tidak memberikan sebarang petunjuk tentang siapa yang akan berada dalam kesebelasan utamanya.

“Ini bukan satu gurauan.Saya memberikan pemain nombor yang sesuai dengan usia mereka. Saya tidak pernah bergurau pada sidang media, saya menerangkan bagaimana saya melakukannya.

“Pemberian nombor itu ada kaitan dengan umur pemain. Sebab itu saya berikan jawapan tersebut,” katanya.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, bintang Liverpool Virgil van Dijk diberikan nombor 4 manakala pemain tengah Frenkie de Jong dan Teun Koopmeiners masing-masing memakai jersi bernombor 21 dan 20.

Namun begitu, masih terdapat beberapa nombor yang memberikan gambaran barisan kesebelasan Belanda seperti pemain sayap PSV, Cody Gakpo berjersi nombor 8 dan penyerang Steven Berghuis diberikan nombor 11.

Skuad Belanda memulakan kempen dengan menentang Senegal dalam Kumpulan A pada Isnin ini.

Artikel Berkaitan: