Petugas, jentera sudah digerak ke lokasi banjir: MB

Amirudin (dua dari kanan) melakukan tinjauan di Taman Melawis, Klang pada awal pagi Khamis.
Amirudin (dua dari kanan) melakukan tinjauan di Taman Melawis, Klang pada awal pagi Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Semua petugas dan jentera banjir membabitkan agensi kerajaan berkaitan sudah digerakkan ke beberapa lokasi banjir di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, arahan itu dikeluarkan selepas beliau menerima laporan mengenai kenaikan paras air akibat hujan berterusan di beberapa lokasi di Shah Alam, Klang dan Puchong.

"Saya telah memberi arahan kepada semua agensi kerajaan berkaitan untuk menggerakkan petugas dan jentera ke kawasan terlibat," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada awal pagi Khamis.

Amirudin menerusi hantaran terbaharu di laman sosial itu turut memberitahu, beliau bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noraini Roslan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta persatuan penduduk turut meninjau keadaan banjir di Taman Melawis pada jam 2.45 pagi.

"Projek tebatan banjir telah dimulakan namun menghadapi kesukaran," katanya.

Ujar beliau, sebelum ke Taman Melawis, beliau telah meninjau dan melihat sendiri keadaan pam air taman berkenaan.

"Pam ini berfungsi dengan baik ketika ini tetapi taburan hujan tinggi menyebabkan air naik di kawasan perumahan.

"Arahan telah diberikan untuk bantuan segera kepada penduduk," jelasnya.

Artikel Berkaitan: