PRU15: PH mahu rampas semula Perak dari BN

Mujahid
Mujahid
A
A
A

[WAWANCARA] PERAK antara negeri menjadi tumpuan utama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di negeri ini.

Namun adakah Perak mampu merampas semula negeri ini daripada BN seperti yang pernah mereka dilakukan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Sinar Harian sempat menemuramah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Mujahid Yusof mengenai persiapan yang dilakukan pihaknya bagi menghadapi PRU15 kali ini.

Ikuti wawancara yang dilakukan bersama wartawan Mohd Iskandar Othman yang diadakan di Pusat Operasi Pakatan Harapan Parit Buntar baru-baru ini.

Masa semakin suntuk hanya tinggal sehari dua sahaja lagi sebelum hari mengundi, bagaimana gerak kerja Pakatan di sini kerana masa semakin suntuk.

Mujahid - Kita dah mula gerak kerja sebenarnya secara intensif sebaik selepas bubar Parlimen sebenarnya tetapi sebelum pada itu, gerak kerja kita telah meluas dari segi kebajikan, membekalkan infra dan apa sahaja keperluan berpandukan kepada peruntukan yang kita ada.

Jadi bila bubar Parlimen kita jadi lebih intensif lagi malah lepas penamaan calon sehingga sekarang kita telah berjalan seperti mengikut jadual telah kita tetapkan dari pagi sehingga malam.

Datuk Seri sekarang dalam misi mempertahankan kerusi Parlimen Parit Buntar yang menyaksikan pertembungan empat penjuru. Boleh Datuk Seri kongsikan, kenapa rakyat di kawasan di sini sekali lagi perlu mengundi Datuk Seri?

Artikel Berkaitan:

Mujahid - Menariknya saya menyandang kerusi Parit Buntar ini sejak 2008, kemudian 2013 kemudian berlaku peristiwa 2015 dengan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mana kita terpaksa membuat keputusan berat.

Bersama dengan parti Amanah cuma pada 2018 ketika PRU yang lalu dengan tiket PH yang menggunakan simbol PKR ketika itu.

Saya berjaya mempertahankan, lalau masuk sekarang ini dah tiga penggal, dua penggal setengah bersama dengan Pas dan satu penggal setengah bersama dengan Amanah.

Jadi unik dari segi itu, pada pengundi telah membuktikan walaupun saya bersama Amanah mereka tetap mengundi saya. Itu menandakan sokongan kepada PH kira ini baru penggal kedua..Jadi itu lah menariknya..

Kalau tanya kenapa perlu menyokong ialah kerana kita ada satu misi yang besar dari apa yang berlaku ketidakstabilan politik itu, kita nak betulkan balik dengan meletakkan landasan negara ini di atas jalannya yang betul bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan beliau menjadi PM maka parlimen perlu menyumbang kepada kemenangan.

Saya kira rakyat boleh buat penilaian kalau pun tidak politik secara besar begitu tapi khidmat yang kita bagi, apa yang kita bela dan bantu itu menjadi penilaian kepada mereka nanti.

Pada PRU14, Amanah bertanding 27 kerusi dan menang 11 kerusi. Kali ini pada PRU15, Amanah bertanding 54 kerusi Parlimen. Adakah Amanah ada kekuatan sendiri untuk menang semua kerusi itu atau semata-mata bergantung kepada pengaruh PH dan Datui Seri Anwar Ibrahim?

No Image Caption

Mujahid - Saya kira semua faktor itu bercampur aduk oleh kerana walaupun kita duduk dalam PH namun kekuatan parti secara individu itu sangat penting dan ia melibatkan jentera, ia melibatkan petugas cawangan-cawangan, PDM-PDM yang pastinya akan bergantung parti mana yang akan bertanding.

Saya yakin dengan 54 kerusi itu ia sendiri menandakan kesediaan Amanah untuk memikul tanggungjawab ini dan kita telah menang 11 kerusi dahulu daripada 27 kerusi yang kita tandingi dan hari ini 54 kerusi kita akan bertanding dan 11 kekal dan kita perlu menambah lagi 10 atau 11 kerusi maknanya saya yakin kita akan tambah dan mampu buat kejutan.

Jadi saya rasa itu lah faktor PH, faktor Anwar yang akan memberi kekuatan.

Andaikata tiada mana-mana gabungan parti dapat jumlah majoriti untuk bentuk kerajaan baharu. Adakah Amanah setuju jika PH bekerjasama dengan BN atau PN? Apa syarat?

Mujahid - Saya rasa oleh kerana kita masuk secara pasukan iaitu Pakatan Harapan yang mana keputusan dibuat melalui Majlis Presiden bersama.

Saya tidak fikir apa-apa keputusan pasca pilihan raya akan dibuat secara individu.

Buat masa ini fokus kita ialah memenangi lebih 200 kerusi yang kita bertanding di peringkat PH supaya fokus kita tidak lari kepada memastikan PH memenangi majoriti yang kita harapkan iaitu 115 atau 120 kerusi.

Jadi buat masa ini tidak timbul apa-apa lagi perbincangan tentang pasca pilihanraya

Ramai pengundi terutama atas pagar masih samar-samar nak undi siapa. Antara calon dan parti, yang mana dulu pengundi kena nilai sebelum buat keputusan?

Mujahid - Betul itu yang terbaik agar mereka undi betul-betul atas objektif atau keperluan bahawa calon yang mereka undi itu dapat mencapai hasrat rakyat yang sekarang ini dalam keadaan kesusahan dan sebagainya.

Mujahid
Mujahid

Kita juga melihat pengundi perlu membuat penilaian kalau yang menyandang itu apalah khidmatnya, apa yang dia dah buat selama ini. Saya rasa itu salah satu yang menjadi penilaian pengundi.

Pengundi juga mengundi di atas dasar siapa yang di belakang kumpulan ini kalau macam PH Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kita calonkan sebagai Perdana Menteri yang sudah pasti ada kesannya kepada para pengundi.

Jadi semua faktor itu sama ada faktor lokal, faktor calon mahupun faktor yang lebih besar dalam konteks politik semua akan memainkan peranan. Jadi saya nasihatkan pengundi agar buat pilihan yang terbaik untuk masa depan kita.

Sebagai Pengerusi PH bagi negeri Perak, Adakah Datuk Seri melihat peluang PH untuk menang dan kembali merampas negeri ini dari Barisan Nasional?

Mujahid - Di Perak kita sasarkan majoriti yang selesa. Kita ada 59 kerusi dan mensasarkan 30 lebih kerusi boleh kita menang atau yang selesanya 40 kerusi. Itu semua telah kita ambil kira dari faktor persediaan, kesediaan dan juga perubahan besar yang Datuk Seri Anwar Ibrahim datang bertanding di Perak pasti beri kebanjiran kekuatan di kawasan yang kita tandingi. Kita yakin Perak boleh kembali ke tangan ke PH