Beberapa rumah Orang Asli tertimbus akibat tanah runtuh

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Sebahagian daripada beberapa rumah Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai di sini tertimbus akibat kejadian tanah runtuh petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 10.05 malam.

"Kami segera mengerahkan sepasukan anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai ke lokasi bagi kerja menyelamat," katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut jurucakap itu, kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan pihak Jabatan Kerja Raya telah dimaklumkan bagi tindakan lanjut.

Beliau berkata, operasi masih diteruskan sehingga kini bagi memantau keselamatan di kawasan sekitar. - Bernama

Artikel Berkaitan: