Piala Malaysia: Selangor selangkah ke pentas Final

Pemain Selangor FC Brenden Gan menanduk bola ke gawang Terengganu pada pelawanan aksi Separuh Akhir pertama Piala Malaysia 2022 menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium MBPJ di sini malam ini. - Foto Bernama
Pemain Selangor FC Brenden Gan menanduk bola ke gawang Terengganu pada pelawanan aksi Separuh Akhir pertama Piala Malaysia 2022 menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium MBPJ di sini malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

SELANGOR FC kini selangkah untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 selepas menumpaskan Terengganu FC 3-1 pada aksi separuh akhir pertama sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, tuan rumah bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan pelawat menerusi sepakan percuma kapten Terengganu, Tchetche Kipre pada minit ke-19 yang berjaya menewaskan penjaga gol, Khairulazhan Khalid.

Tersentak dengan gol tersebut, Selangor kembali memperkemaskan corak permainan bagi mendapatkan jaringan enyamaan.

Jaringan yang dinanti-nantikan skuad gergasi kerah itu akhirnya hadir pada minit minit ke-37 apabila Richmond Ankrah menanduk masuk bola sepakan sudut Mukhairi Ajmal Mahadi.

Tidak cukup dengan gol tersebut, Selangor berjaya menembusi gawang Terengganu enam minit kemudian, apabila sepakan penjuru Mukhairi sekali lagi berjaya disudahkan dengan baik kali ini menerusi Herlison Caion.

Mukhairi Ajmal berjaya mencipta hatrik bantuan gol pada perlawanan itu apabila sepakan sudutnya berjaya ditanduk masuk tonggak pertahanan Selangor, Sharul Nazeem Zulpakar pada minit ke-54.

Keputusan itu menyaksikan Selangor membawa bekalan selesa untuk bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bagi aksi kedua, Isnin ini.

Artikel Berkaitan: