PRU15: PN tidak akan kerjasama dengan mana-mana parti

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

MUAR - Perikatan Nasional (PN) menegaskan sekali lagi tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada kerjasama itu kerana berpegang pada prinsip bahawa PN ada kekuatan sendiri.

"Kenapa nak gabung dengan pihak lain. Berbaki tiga hari lagi PRU yang agak kritikal menjadi penentu.

"Saya mengharap atau menjangka akan ada satu bentuk gelombang kesedaran baru di kalangan pengundi terutama pengundi Melayu bahawa kita perlu bertindak sekarang," ketika ditemubual Sinar Live 'Cukup-Cukuplah fitnah PN' pada Rabu.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, jika berlaku satu peningkatan gelombang peratusan sokongan Melayu dan orang Cina meningkat sedikit, PN boleh menang pada PRU15.

Beliau berharap sokongan Melayu akan meningkat sehingga 70 peratus kepada PN.

Ini kerana dalam PN ada Bersatu dan Pas. Selain Gerakan, ini dua gabungan besar parti politik Melayu dan Islam.

"Kalau situ tarikan terbesarnya dan kita dapat menarik sekurangnya 70 peratus dan yang sekarang hampir dekat 60 peratus dalam tempoh hari ke depan, saya fikir akan berlaku kawasan yang 50-50 akan ada peningkatan dari situ kita boleh menang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan berkata, PN tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan BN bagi membentuk kerajaan selepas PRU15.

Beliau berkat,a tujuan PN bertanding pada PRU15 bagi membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH).

Pada Selasa, Takiyuddin berkata, kenyataannya berhubung PN dan BN dapat bergabung membentuk kerajaan selepas PRU15 diambil di luar konteks.

Katanya, sebarang kenyataan berhubung kerjasama dengan BN tidak berbangkit dan tajuk laporan media juga mengelirukan pengundi.