[VIDEO] PRU15: Mesyuarat Khas Parlimen Padang Serai Jumaat ini

SPR
SPR
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini bagi membincangkan penetapan tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) bagi Parlimen Padang Serai.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan suruhanjaya itu telah menerima Writ Pilihan Raya yang dipulangkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen berkenaan berhubung kematian calon PH, M Karupaiya.

"Satu kenyataan media akan dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ikmalrudin berkata, SPR merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Karupaiya.

"Semoga keluarga mendiang tabah menghadapi kehilangan orang yang tersayang," katanya.

Karupaiya,69, dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Kulim, Kedah jam 2.27 petang Rabu.

Pada PRU14, Karupaiya yang juga bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Pegawai Waran 1 memperolehi 31,724 undi dan menewaskan calon daripada Pas dan BN dengan dengan majoriti 8,813 undi.

Parlimen Padang Serai menyaksikan persaingan enam penjuru dengan calon dari BN, Datuk Sivaraj Chandran, Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Mohd Bakhri Hashim (Warisan) dan Amanda AK dari bebas dalam PRU15, Sabtu ini.

Artikel Berkaitan: