Keterujaan Piala Dunia Messi

Messi (dua dari kiri) bersama rakan sepasukan menjalani latihan di Abu Dhabi menjelang saingan Piala Dunia minggu depan. - Foto EPA.
Messi (dua dari kiri) bersama rakan sepasukan menjalani latihan di Abu Dhabi menjelang saingan Piala Dunia minggu depan. - Foto EPA.
A
A
A

PEMAIN sensasi, Lionel Messi yang memimpin Argentina untuk memburu gelaran ketiga Piala Dunia begitu teruja untuk melakar sejarah gemilang itu di bumi Qatar.

“Kami sangat teruja,” kata Messi dalam temubual dengan Persekutuan Bolasepak Amerika Selatan (Conmebol).

Bagaimanapun, Argentina tetap waspada dengan peluang untuk merangkul kejuaraan kerana sedar saingan sengit negara ternama lain termasuk Brazil, Perancis dan England.

Pasukan Amerika Selatan itu sudah menang dua kali trofi berprestij tersebut iaitu pada 1978 dan 1986.

Messi pernah beraksi di pentas akhir pada 2014, namun dikecewakan Jerman yang menang tipis 0-1.

“Kami ada kumpulan pemain yang sangat bagus, tapi kami merasakan perlu selangkah demi selangkah.

“Kami tahu kumpulan Piala Dunia bukanlah mudah,” ujar Messi.

Argentina akan menentang Arab Saudi pada aksi pembukaan Kumpulan C pada 22 November yang turut disertai Mexico dan Poland.

Artikel Berkaitan:

Penyerang Paris Saint-Germain itu menyatakan mengenai kekuatan pasukan yang dikemudi Lionel Scaloni dan kelebihan memiliki skuad yang sudah mencipta kejayaan dalam Copa America tahun lalu.

“Lebih banyak anda bermain dan masa anda habiskan di padang, lebih lama anda mengenali satu sama lain.

“Kami mengenali perwatakan satu sama lain dan apa yang terbaik untuk setiap aksi,” katanya.