PRU15: Rakyat tahu menilai manifesto retorik

Dr Norhazlina Fairuz Musa Kutty. - Foto Sinar Harian RAFEQ REDZUAN
Dr Norhazlina Fairuz Musa Kutty. - Foto Sinar Harian RAFEQ REDZUAN
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat boleh menilai sama ada manifesto bersifat retorik semata-mata untuk memenangi pilihan raya atau menepati kehendak dan hati pengundi.

Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Norhazlina Fairuz Musa Kutty berkata, manifesto memainkan peranan dalam menentukan kemenangan mana-mana parti.

"Sesetengah manifesto (boleh mempengaruhi) segelintir individu atau kelompok. Yang nak buat manifesto itu perlu pandai. Pengundi ini akan lihat berapa banyak manifesto parti-parti berkenaan cuba lakukan.

"Tapi jika usaha mereka hanya peringkat nak menang manifesto masa itu sahaja (tempoh berkempen), itu retorik," katanya dalam program temu bual, Last Lap bertajuk Undi awal: Demokrasi dikawal? di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

Program dikendalikan hos Kamarul Bahrin Haron dan turut disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian.

Program Last Lap bertajuk Undi awal: Demokrasi dikawal? menampilkan Pensyarah Kanan UPNM, Dr Norhazlina Fairuz Musa Kutty (kanan) bersama moderator, Kamarul Bahrin Haron. - Foto Sinar Harian RAFEQ REDZUAN
Program Last Lap bertajuk Undi awal: Demokrasi dikawal? menampilkan Pensyarah Kanan UPNM, Dr Norhazlina Fairuz Musa Kutty (kanan) bersama moderator, Kamarul Bahrin Haron. - Foto Sinar Harian RAFEQ REDZUAN

Jelas Norhazlina, tindakan tuduh-menuduh dan retorik adalah sebahagian daripada perang gerak saraf pilihan raya.

"Saya bagi contoh pengalaman sendiri di pilihan raya Australia, 26 Mac 2017 bersama suami, kami tak nampak sebarang bendera dan tak tahu ada election day.

Artikel Berkaitan:

"Tapi di Malaysia (lain), buka televisyen dah tahu hari pilihan raya, (jadi di situ) sejauh mana kesedaran, pengetahuan dan kritikal keadaan kita, (perkara) itu yang menentukan.

"Di Malaysia, (pengaruh politik kuat) anak-anak kecil pun tahu bendera itu parti apa. Jadi, saya rasa dengan pacak bendera kita dah tahu sejauh mana jarak atau pendedahan... kerana semakin banyak pendedahan (politik) semakin banyak pengetahuan yang kita tahu," katanya.

Sementara itu, Norhazlina berpandangan isu dakwaan pemberian imbuhan wang kepada anggota keselamatan yang mengundi awal adalah isu mainan politik kerana ia tidak berlaku.