Banjir Kedah: Satu PPS dibuka, jumlah mangsa menurun

APM memantau keadaan banjir di Daerah Bandar Baharu, Kedah pada Selasa.
APM memantau keadaan banjir di Daerah Bandar Baharu, Kedah pada Selasa.
A
A
A

KULIM - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka di daerah Bandar Baharu berikutan hujan pada sebelah petang sehingga menyebabkan 13 mangsa daripada tiga buah keluarga terjejas.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, hujan yang berlaku pada 3.30 petang Selasa menyebabkan paras air mencecah 0.6 meter dan kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Surau Kampung Berjaya, Mukim Bagan Samak.

"Hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di daerah Bandar Baharu dinaiki air terutama kawasan berhampiran sungai, rentetan dari itu juga berlaku air pasang besar menyebabkan aliran air perlahan.

"Sistem perparitan yang tersangkut juga menyebabkan aliran air banjir bergerak perlahan," katanya.

Selain itu katanya, PPS Masjid Sungai Seluang masih menempatkan 40 mangsa daripada 10 buah keluarga yang terjejas banjir sejak Isnin.

Bagaimanapun katanya, PPS Surau Ittifaqiah, Baling yang turut dibuka pada Isnin bagi menempatkan mangsa banjir telah ditutup pada jam 2 petang Selasa berikutan keadaan kembali pulih.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di negeri ini menunjukkan penurunan berbanding pada pagi yang melibatkan seramai 61 mangsa sehingga jam 8.30 pagi tadi.

Artikel Berkaitan: