[VIDEO] Nafuzi tolak sambung kontrak, TFC bakal terima jurulatih baharu

Ab. Rasid pada sidang akhbar sempena majlis penyerahan penajaan RM1.6 juta daripada syarikat pelaburan strategik kerajaan negeri, Kumpulan Terengganu Incorperated (Inc), pada Selasa.
Ab. Rasid pada sidang akhbar sempena majlis penyerahan penajaan RM1.6 juta daripada syarikat pelaburan strategik kerajaan negeri, Kumpulan Terengganu Incorperated (Inc), pada Selasa.
A
A
A

KUALA NERUS - Terengganu FC (TFC) bakal menerima khidmat ketua jurulatih baharu bagi mengetuai cabaran dalam Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala AFC musim depan susulan penolakan lanjutan kontrak oleh Mohd Nafuzi Zain menerusi surat yang diserahkan pada Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab. Rasid Jusoh berkata, pihak pengurusan serta jawatankuasa teknikal pasukan akan meneliti calon dari dalam dan luar negara yang telah menyatakan minat mengisi jawatan tersebut.

"Kita sudah menerima jawapan daripada beliau (Nafuzi) pada Isnin yang menyatakan tidak bersetuju untuk menyambung kontrak bersama TFC bagi saingan 2023.

"Bagaimanapun, tiada sebarang perubahan dibuat bagi baki saingan Piala Malaysia di mana beliau akan meneruskan sekurang-kurangnya dua perlawanan lagi iaitu aksi separuh akhir.

"Sudah pasti dengan ketiadaan ketua jurulatih, kita akan mencari pengganti yang diharap mampu menyamai pencapaian dan keputusan yang diraih musim ini," katanya pada sidang akhbar sempena majlis penyerahan penajaan RM1.6 juta daripada syarikat pelaburan strategik kerajaan negeri, Kumpulan Terengganu Incorperated (Inc), pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun

Dalam pada itu, Ab. Rasid berkata, pihaknya merakam penghargaan atas khidmat Nafuzi dimana menunjukkan hasil positif iaitu ketika bersama skuad Piala Presiden T-Team sejak 2016.

Katanya, ketua jurulatih baharu yang bakal dilantik tidak lama lagi perlu meneruskan kesinambungan yang dilakukan Nafuzi.

Artikel Berkaitan:

"TFC akan dilatih pengendali terbaik yang boleh memberikan hasil sama atau lebih baik lagi sebelum Liga Malaysia yang dijangka bermula lewat Februari atau awal Mac tahun depan.

"Sudah ada 'proposal' daripada jurulatih asing dan tempatan untuk jawatan itu namun kita akan membuat penelitian terlebih dahulu sebelum memilih calon terbaik," kata beliau.