PRU15: Calon BN Bukit Mertajam positif Covid

Yang Pang memohon maaf kepada semua pengundi Bukit Mertajam selepas disahkan positif Covid-19, pada Selasa.
Yang Pang memohon maaf kepada semua pengundi Bukit Mertajam selepas disahkan positif Covid-19, pada Selasa.
A
A
A

GEORGETOWN - Calon BN Parlimen Bukit Mertajam, Tan Yang Pang disahkan positif Covid-19 pada Selasa.

Perkara itu dikongsi Yang Pang sendiri di laman Facebooknya pada pagi Selasa.

Menerusi hantaran itu, Yang Pang memohon maaf kepada pengundi di Bukit Mertajam kerana disahkan positif wabak berkenaan.

Walaupun saya sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah, kempen pilihan raya masih berjalan lancar yang diuruskan oleh pasukan kempen saya.

"Saya ingin memohon maaf kepada semua pengundi kerana tidak dapat bertemu untuk mengedarkan risalah kempen saya," katanya.

Beliau berkata, pasukannnya juga akan memantau paras air di beberapa kawasan yang dikenal pasti selain membantu mereka yang terlibat dalam bencana banjir.

"Sekiranya penduduk Bukit Mertajam yang memerlukan bantuan, mereka boleh menghubungi bilik gerakan operasi di talian 04-5394003,” katanya.

Parlimen Bukit Mertajam menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Yang Pang bakal berentap dengan penyandang kerusi Bukit Mertajam, Steven Sim (PH) dan calon Perikatan Nasional, Steven Koh Tien Yew.

Artikel Berkaitan: