Sanusi pemimpin hebat, sebab itu ramai yang 'serang' - Hamzah

Hamzah
Hamzah
A
A
A

LARUT - Kritikan dan kecaman politik bertali arus diterima Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menunjukkan beliau seorang pemimpin hebat, kata Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, Menteri Besar Kedah itu telah membawa banyak pencapaian dan pembangunan membanggakan di negeri jelapang padi itu hingga sukar ditangkis parti lawan.

"Mereka merasakan Kedah ini sebuah negeri yang mereka kena tunjuk kuat, mereka tidak mahu menerima satu keputusan yang menyedihkan kepada penyokong-penyokong mereka.

"Pada saya YB (Yang Berhormat), Sanusi ini seorang berkhemah dan baik, tetapi dalam ceramah-ceramah tertentu, mereka serang dia secukup-cukupnya kerana mereka tidak mahu melihat kejayaan Sanusi yang begitu menggalakkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis Makan Malam bersama Ahli Parlimen Larut di Dewan Permai Majlis Daerah Selama dekat sini pada Jumaat.

Hamzah menyantuni pimpinan PN sempena majlis Makan Malam bersama Ahli Parlimen Larut di Dewan Permai Majlis Daerah Selama pada Jumaat.
Hamzah menyantuni pimpinan PN sempena majlis Makan Malam bersama Ahli Parlimen Larut di Dewan Permai Majlis Daerah Selama pada Jumaat.

Hamzah bagaimanapun mengakui, budaya taktik menyerang pemimpin tertinggi di peringkat negeri menjelang pilihan raya negeri (PRN) adalah perkara biasa yang dilakukan semua peringkat parti.

Seperti di Selangor katanya, PN turut mengkritik pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

"Tak salah kerana ini kempen, mereka 'attack' pemimpin tertinggi kita di peringkat negeri, kita juga attack pemimpin mereka di peringkat negeri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Itu sikap sebenar Sanusi' - Amirudin

Hina Sultan: AMK Selangor akan buat laporan polis terhadap Sanusi

"Sanusi perlu buat taubat Nasuha'' - Ahmad Zahid

'Kenyataan Menteri Besar Kedah melampau, kurang ajar'

Hina Sultan: AMK Selangor buat laporan polis

Hina Sultan: Pihak berkuasa perlu buka kertas siasatan terhadap Sanusi

Ahli Dewan Diraja Selangor gesa Sanusi mohon maaf secara terbuka

Isu 3R: Polis terima 31 laporan terhadap Sanusi

'Sanusi perlu sedia berdepan tindakan' - Saifuddin Nasution

Sanusi dakwa ucapan diputar belit, cubaan bunuh karakter

Sanusi utus surat kepada Sultan Selangor, mohon ampun