[VIDEO] PRU15: Najib minta jentera berjuang, mahu BN menang

Nooryana (depan, tengah) dan calon BN Parlimen Pulai, Nur Jazlan ketika berkempen di Kempas pada Selasa.
Nooryana (depan, tengah) dan calon BN Parlimen Pulai, Nur Jazlan ketika berkempen di Kempas pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu jentera BN bekerja keras bagi memastikan kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Anak perempuannya, Nooryana Najwa berkata, ayahnya cukup mengambil berat soal parti meskipun sedang menjalani hukuman penjara.

"Semalam sempat saya berbual dengan dia (ayah) tidak sampai seminit pun. Tetapi soalan pertama yang dia dia tanya kepada saya, bagaimana BN, jentera macam mana.

"Dia sangat risau dan ambil berat tentang hal berkaitan PRU15 kerana hendak lihat BN berjaya," katanya ketika ditemui selepas membantu kempen calon BN Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed di Kempas, pada Selasa.

Nooryana ( tengah) membantu kempen calon BN Parlimen Pulai, Nur Jazlan (kiri) di sebuah kedai makan di Kempas pada Selasa.
Nooryana ( tengah) membantu kempen calon BN Parlimen Pulai, Nur Jazlan (kiri) di sebuah kedai makan di Kempas pada Selasa.

Ditanya mengenai kempen BN setakat ini, Nooryana berkata, seolah-olah ada kekosongan apabila ayahnya tidak turun padang berkempen.

Ramai di Johor lihat aura 'Bosssku' Najib Razak semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu. Dari situ dapat dilihat ayah dapat memikat orang ramai ketika kempen PRN Johor.

"Namun kali ini mungkin sendu sikit sebab ayah tidak dapat bersama. Tetapi kita tidak berhenti itu pesan ayah. Kita kene teruskan demi kebaikan parti dan rakyat, inilah prinsip yang Yana akan bawa semasa kempen ini.

Artikel Berkaitan:

"Prinsip dan semangat inilah yang Yana bawakan semasa kempen membantu calon BN. Di Johor, Yana sudah bantu calon di Ledang dan Pagoh. Hari ini Yana bantu calon BN di Pulai, Datuk Nur Jazlan dan selepas ini di Hulu Langat pula," katanya.