PRU15: Zul Huzaimy disiasat ucapan berbaur perkauman

PDRM telah menerima laporan berhubung kenyataan berbaur perkauman yang dibuat Zul Huzaimy di Kemaman, Terengganu 4 November lalu.
PDRM telah menerima laporan berhubung kenyataan berbaur perkauman yang dibuat Zul Huzaimy di Kemaman, Terengganu 4 November lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima laporan berhubung kenyataan berbaur perkauman yang dibuat pelakon, Zul Huzaimy dalam satu ceramah di Kemaman, Terengganu 4 November lalu.

Rakaman ceramah berkenaan tular di media sosial baru-baru ini memaparkan Zul Huzaimy atau lebih dikenali sebagai Spark itu menerangkan perbezaan antara dua golongan kafir sebelum mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman berkenaan.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saadudin berkata, siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

"PDRM mengesahkan telah menerima laporan berhubung video terbabit.

"Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 506, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Isnin media tempatan melaporkan, Zul Huzaimy membuat permohonan maaf terbuka menerusi satu klip video berdurasi 21 saat yang dimuat naik di akaun Instagram peribadi pelakon terbabit.

Menerusi permohonan maaf berkenaan, beliau menafikan dirinya sebagai ekstremis sebaliknya menjelaskan bahawa kenyataannya disalah tafsir hanya berdasarkan klip video tular yang telah dipotong dan meminta orang ramai menonton rakaman versi penuh.

Tambahnya, beliau sendiri mempunyai ramai rakan daripada pelbagai kaum termasuk Cina, India dan Sikh.

Artikel Berkaitan: