SKMM siasat pihak hina Agong di media sosial

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap pihak yang menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial.

Menurut kenyataan SKMM hari ini, pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah memuat naik imej yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook semalam.

Suruhanjaya itu berkata, siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima SKMM daripada orang ramai supaya tindakan segera diambil terhadap pihak berkenaan.

"SKMM juga telah dimaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia juga sedang menjalankan siasatan. Penyelarasan siasatan dan perkongsian maklumat sedang giat dijalankan," katanya.

Kenyataan itu berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk menyebarkan berita dengan niat mengganggu orang lain.

Jika didapati bersalah, pihak berkenaan boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Artikel Berkaitan: