Melisa, Nurfatin terpilih sebagai anggota elit Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Melisa (kanan) dan Nurfatin dianggap wanita hebat kerana melepas kesemua ujian
A
A

SIAPA kata wanita lemah dan tidak mampu menandingi kaum lelaki? Zaman dahulu mungkin kini, tidak lagi.

Ciri kesopanan itu masih kekal terpelihara.Namun, cuma bezanya, kaum Hawa kini lebih bersikap terbuka dan berani berhadapan segala risiko dan halangan sama ada dalam kehidupan dan juga dunia pekerjaan.

Nah ini buktinya! Dua pegawai bomba wanita berjaya mencipta sejarah selaku dua wanita pertama yang dipilih menganggotai Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM).

Mereka ialah Melisa Canda anak Jawan, 26, dan Nurfatin Nadia Jamain, 24.

Melisa dan Nurfatin dianggap handal dan mempunyai daya stamina yang tinggi kerana melepasi pelbagai ujian dan latihan lasak yang menguji keupayaan fizikal, kecergasan dan mental.

Tahniah Femina ucapkan kepada kedua-dua wanita hebat itu yang terpilih sebagai anggota unit elit Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia!

Bukan senang untuk dipilih dalam pasukan ini ya! Benar, mereka bukan calang-calang wanita. Tabik!

Sumber: Friends of Bomba Malaysia


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia