Pokok ru hempap dua beranak sedang berkelah

Tuminah (dua, kanan) bersama bapa bayi terbabit yang sedang meriba bayinya yang mengalami kecederaan.
Tuminah (dua, kanan) bersama bapa bayi terbabit yang sedang meriba bayinya yang mengalami kecederaan.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kegembiraan lima beranak berkelah di pantai bertukar duka selepas dua daripada mereka termasuk bayi berusia setahun lima bulan cedera dihempap sebatang pokok ru di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini, pada petang Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu mengakibatkan seorang bayi lelaki dan ibunya cedera dihempap pokok yang tumbang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata, sebelum kejadian suami isteri berusia 30-an itu sedang berkelah bersama tiga orang anak mereka di pantai berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas hujan, apabila tiba-tiba sebatang pokok ru tumbang lalu dahan pada bahagian tengah pokok menghempap dua beranak terbabit.

"Ibu mangsa yang sedang mendukung anak lelakinya berusia setahun lima bulan tidak sempat mengelak dan dihempap pokok berusia lebih 20 tahun itu.

"Manakala suaminya sedang menemani dua lagi anak mereka mandi manda di pantai," katanya ketika dihubungi pemberita.

Tuminah (dua, kiri) bersama calon BN Tangga Batu, Datuk Lim Ban Hong (tiga, kiri) melihat bayi itu menaiki ambulans.
Tuminah (dua, kiri) bersama calon BN Tangga Batu, Datuk Lim Ban Hong (tiga, kiri) melihat bayi itu menaiki ambulans.

Jelasnya, dua beranak yang cedera itu kemudiannya dibantu orang ramai termasuk membuat panggilan kecemasan.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, wanita itu mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala, manakala bayinya terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tuminah berkata, beliau terkilan kerana kejadian seumpama itu sudah beberapa kali berlaku memandangkan pokok yang terdapat di pesisiran pantai itu telah berusia lebih 20 tahun.

"Selepas insiden itu kawasan tersebut akan ditutup daripada sebarang aktiviti perkhemahan dan perkelahan buat sementara waktu bagi mengelak kejadian berulang," katanya lagi.