15 daerah di enam negeri berisiko banjir kilat esok

Banjir kilat melanda kawasan industri Suria Park pada Sabtu.
Banjir kilat melanda kawasan industri Suria Park pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis terbaharu berkenaan kesiapsiagaan kemungkinan berlakunya banjir kilat melibatkan 15 daerah di enam negeri iaitu Johor, Terengganu, Kedah, Sabah, Sarawak dan Selangor dalam tempoh 12 jam akan datang.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu memaklumkan kemungkinan kejadian di daerah Batu Pahat, Johor yang dijangka bermula pada jam 3 pagi, Ahad melibatkan Parit Jambul Laut, Kampung Talang, Batu Dua Sembrong, Kampung Cahaya Baru dan kawasan sekitarnya.

Kemungkinan sama juga dijangka berlaku dalam tempoh yang sama di daerah Johor Bahru melibatkan Kampung Tuah Jaya Jalan Bukit Dagang ke Kampung Pasir Salam, Kampung Paya Sungai Redan, Kampung Sepakat, Masai, Kampung Rinting Masai dan Kampung Pertanian Masai.

Bagi daerah Pontian pula kawasan yang dijangka banjir kilat termasuk Kampung Sungai Bunyi, Parit Kahar, Parit Abdul Rahman Laut dan Parit Baran.

Sementara itu, di Kota Tinggi, Johor, kejadian banjir berkemungkinan berlaku di lokasi Felda Air Tawar Satu dan kawasan sekitarnya.

Kejadian banjir kilat yang berlaku di Taman Masjid Tanah Ria, Pengkalan Balak, Melaka pada Sabtu.
Kejadian banjir kilat yang berlaku di Taman Masjid Tanah Ria, Pengkalan Balak, Melaka pada Sabtu.

Di daerah Kota Setar, Kedah lokasi yang dijangka terlibat ialah Bandar Alor Setar, Taman Aman, Pekan Gunong dan kawasan sekitarnya.

Bagi Kuala Muda pula melibatkan Bandar Gurun, Merbok, manakala di Yan melibatkan antaranya di Bandar Gua Cempedak, Singkir, Yan dan kawasan sekitarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, di Papar, Sabah, lokasi yang terlibat di daerah Papar iaitu Kampung Kabang, Kampung Lakut, Kampung Kayau dan Kampung Kopimpinan, manakala Tuaran melibatkan antaranya Kampung Timbok, Kampung Panjut dan Kampung Marabahai.

Sarawak pula melibatkan daerah Kuching, Lundu, Samarahan, Asiajaya, Sebuyau, Kecil Sundar, Kecil Trusan dan kawasan di sekitarnya.

Di Selangor melibatkan daerah Klang iaitu Bandar Klang, Kapar, Klang, Pekan Kapar, Pekan Pandamaran serta kawasan sekitarnya.

Daerah Kuala Langat meliputi Kelanang, Mukim Bandar, Pekan Chodoi, Pekan Jenjarom dan Tanjong Dua Belas serta daerah Kuala Selangor melibatkan Pasangan, Pekan Bestari Jaya dan kawasan sekitarnya.