Warga emas maut dalam kebakaran

No Image Caption
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Paya Keladi, Paya Keladi Hujung, di sini pada malam Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, mangsa yang maut berusia 70 tahun itu dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri dan ditemui sudah meninggal dalam rumah berkenaan.

Menurutnya, pasukan penyelamat dari Balai Bomba Bertam dan Kepala Batas bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan itu pada jam 11.44 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B dengan anggaran peratusan kemusnahan akibat kebakaran itu pula adalah sebanyak 60 peratus.

“Operasi memadam kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira jam 12.19 tengah malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Artikel Berkaitan: