Piala Malaysia: Sabah, JDT berentap separuh akhir

Aksi pemain Sabah FC, Baddrol Bakhtiar (kiri) ketika perlawanan menentang Kuching City di Stadium Likas pada Jumaat. FOTO: Malaysian Football League.
Aksi pemain Sabah FC, Baddrol Bakhtiar (kiri) ketika perlawanan menentang Kuching City di Stadium Likas pada Jumaat. FOTO: Malaysian Football League.
A
A
A

SABAH FC mengesahkan slot separuh akhir Piala Malaysia biarpun sekadar melakar keputusan seri 1-1 berdepan Kuching City FC dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Likas pada Jumaat.

The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee mara dengan agregat 2-1 hasil kemenangan 1-0 dalam perlawanan suku akhir pertama di Kuching pada 5 November lalu.

Bagaimanapun kedua-dua pasukan yang teruja untuk mengakhiri perlawanan masing-masing dalam tempoh 90 minit terpaksa menunggu 45 minit sebelum dapat memulakan perlawanan akibat cuaca buruk

The Cats kendalian Irfan Bakti Abu Salim berjaya mengheret perlawanan ke masa tambahan selepas gol sendiri Ummareng Bacok pada minit ke-84 menjadikan kedudukan 1-1 secara agregat.

Bagaimanapun Taiki Kagayama muncul wira tuan rumah apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-94.

Keputusan itu menyaksikan Sabah FC bakal berentap menentang finalis musim lalu Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas separuh akhir.

JDT mengesahkan kemaraan selepas membelasah Kelantan FC 5-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Kemenangan besar itu menyaksikan Harimau Selatan yang juga juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, mara ke separuh akhir dengan agregat 8-0.

Artikel Berkaitan: