'Jangan pandang rendah keupayaan PN tangani ekonomi'

Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin Yassin.
A
A
A

TANGKAK - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak agar tidak terlalu memandang rendah terhadap keupayaan gabungan itu menangani cabaran ekonomi.

Beliau juga berkata, kredit juga tidak perlu diberikan kepada BN kerana menteri-menteri ekonomi sebahagian besarnya daripada PN.

"Mereka juga menyumbang dan itu satu petanda bahawa kita (PN) mampu dan berupaya untuk uruskan ekonomi negara,” katanya.

Beliau merupakan bekas Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama penduduk di Parit Raja.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, adalah tidak adil untuk Perdana Menteri yang baru (Datuk Seri Ismail Sabri) untuk mendapat nama.

Beliau berkata, itu adalah hasil daripada usaha keras kerajaan PN dikala negara berdepan pandemik Covid-19.

"Ia berlaku selepas langkah-langkah yang kita ambil waktu susah dan kita buka (ekonomi) dalam waktu sesuai supaya ekonomi kita pulih.

"Selepas itu kita galakkan pelaburan masuk, sediakan peluang pekerjaan, kegiatan ekonomi sudah meningkat baru ada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Perdana Menteri, Ismail mengumumkan KDNK meningkat 14.2 peratus berbanding lima peratus dan 8.9 peratus masing-masing pada suku pertama dan kedua.