Lelaki Vietnam kantoi cuba seludup kulit, tulang harimau

Suspek dikenali sebagai Pham Van Hiep (dua kanan) ditahan bersama kulit dan tulang harimau di wilayah utara Vietnam Quang Ninh.
Suspek dikenali sebagai Pham Van Hiep (dua kanan) ditahan bersama kulit dan tulang harimau di wilayah utara Vietnam Quang Ninh.
A
A
A

HANOI - VIETNAM. Seorang lelaki Vietnam ditangkap kerana cuba menyeludup kulit dan tulang harimau ke China, lapor polis hari ini.

Pengawal sempadan di wilayah utara Vietnam Quang Ninh menahan seorang lelaki semalam yang membawa bungkusan mengandungi tulang seberat 5.4 kilogram.

“Lelaki itu cuba membawa kulit dan tulang harimau itu merentasi sempadan,” kata pegawai di sebuah stesen sempadan di Quang Ninh kepada AFP.

Vietnam merupakan hab penggunaan dan laluan dagangan popular untuk produk haiwan haram untuk China.

Harga untuk kulit harimau itu boleh mencecah sehingga AS$6,000 (RM24,700) di Vietnam dan AS$10,000 di China, menurut media di Vietnam.

Tulang itu pula boleh dijual dengan harga AS$1,000 per 100 gram di Vietnam.

Haiwan mempunyai nilai yang tinggi di Vietnam di mana kulit mereka digunakan untuk hiasan, gigi dan kuku untuk barang kemas sementara tulang, misai dan kuku digunakan untuk ubat tradisional. – AFP

Artikel Berkaitan: