Skuad Kilat MBJB bersedia kemungkinan banjir ketika PRU

Mohd Noorazam menyempurnakan gimik menanam.pokokn.
Mohd Noorazam menyempurnakan gimik menanam.pokokn.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lebih 100 anggota Skuad Kilat Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), termasuk sukarelawan akan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir kilat di sepanjang tempoh PRU15.

Menurut Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman, kesemua anggota berkenaan telah pun diberikan taklimat berhubung perkara berkenaan.

"Sebagai persediaan menghadapi PRU15, kita ada skuad Kilat yang melibatkan semua jabatan dan juga sukarelawan... kita juga dah bagi taklimat, protokol kepada mereka.

"Skuad Kilat ini akan buat tindakan awal bila hujan lebat, kita akan round dulu, bagi tindakan awal seperti bantu angkat barang dan sebagainya apa yang boleh kita bantu di peringkat awal.

"Untuk, pembersihan kita ada team yang akan lakukan kerja-kerja pembersihan," katanya pada Jumaat.

Sebelum itu, Mohd Noorazam menyempurnakan Majlis Perasmian Program Pengindahan Sungai dan Penanaman Pokok di Sungai Sri Buntan di pesisiran Sungai Sri Buntan, Bandar Baru UDA, pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad Ferdaus Toh Abdullah

Pada majlis berkenaan sebanyak 300 pokok jenis Dedalu Cina (Salix Babylonica), sumbangan Affin Bank Berhad ditanam ditebing tiga sungai melibatkan Sungai Buntan, Sungai Rahmat dan Sungai Abdul Samad.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mohd Noorazam berkata, MBJB bakal melaksanakan projek amaran awal banjir sebagaimana yang telah dilaksanakan di Kudat dan Subang Jaya, sebelum ini.

Katanya, pihak MBJB juga sedang berunding dengan syarikat yang berkenaan bagi melaksanakan projek perintis (pilot projek), di Johor Bahru.

"Cuaca ni kita tak boleh nak sebut (jangka), tapi sekarang musim air pasang tinggi chances utk berlaku banjir bila berlaku hujan lebat adalah tinggi.

"Kita harap semua orang berjaga-jaga dan buat persediaan awal banjir kita dah kenal 36 hotspot banjir ini.

"Tapi kadang-kadang hujan di tempat yang kita tak jangka tempat itu akan berlaku banjir... ini antara penyebab kenapa tempat yang tak pernah banjir tiba-tiba banjir kerana intensiti hujan terlampau besar hingga parit atau longkang tak dapat tampung kapasiti air," katanya.