PRU15: PH Tanah Merah pilih berkempen di kedai kopi

Calon PH Parlimen Tanah Merah, Mohamad Suparadi (kanan) memilih pendekatan berkempen di kedai kopi pada PRU15.
Calon PH Parlimen Tanah Merah, Mohamad Suparadi (kanan) memilih pendekatan berkempen di kedai kopi pada PRU15.
A
A
A

TANAH MERAH - Calon Pakatan Harapan (PH) Tanah Merah, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor memilih pendekatan berkempen di kedai kopi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mohamad Suparadi atau lebih mesra dengan panggilan Datuk D berkata, pendekatan itu dilihat lebih dekat dengan pengundi selain dapat mengetahui secara lebih mendalam isi hati mereka.

"Pendekatan masuk ke kopi ini bagi saya lebih santai dan mereka tidak kekok untuk menyuarakan pendapat.

"Melalui tindakan ini saya dapat mengumpul maklumat dan suara hati serta harapan mereka untuk PRU15 nanti," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, aktiviti masuk ke kedai kopi ini sudah sebati dengan dirinya apabila perkara tersebut sudah dilakukan sejak 20 tahun lalu.

Katanya, setiap pagi beliau akan masuk antara lima hingga enam buah kedai kopi untuk bertemu dengan rakyat dan pengundi di Tanah Merah.

Mohamad Suparadi berkata, setiap kali turun beliau akan menghirup secawan teh tarik sambil mendapatkan harapan penduduk di Parlimen berkenaan.

"Kita ada buat ceramah tetapi tidak kerap kerana keadaan cuaca sekarang yang sering hujan.

Artikel Berkaitan:

"Media sosial juga digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada pengundi kerana ia lebih efisien," katanya.