Warga Felda sambut baik tawaran PN

Inisiatif Wawasan Felda Baharu yang diumumkan PN dianggap relevan untuk masa depan

A
A
A

Muhyiddin ketika merasmikan Lembah Herba Wilayah Trolak di Sungkai, Perak pada 2020 lalu.
Muhyiddin ketika merasmikan Lembah Herba Wilayah Trolak di Sungkai, Perak pada 2020 lalu.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) adalah satu agensi kerajaan yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar ke kawasan-kawasan lain untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Nasib warga Felda ini tidak pernah dipinggirkan dan antara khabar gembira yang melegakan hati peneroka khususnya apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) melupuskan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.

Kerajaan PN juga menerbitkan sukuk bernilai RM9.9 bilion bagi menambahbaik model perniagaan agensi tersebut.

Terbaharu, nasib warga Felda itu terus mendapat perhatian menerusi Tawaran PN BEST PRU15 yang diumumkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk memperkasa generasi itu, PN menawarkan beberapa inisiatif seperti Wawasan Felda Baharu bagi menjamin masa depan mereka dengan mewujudkan peluang ekonomi baharu, keusahawanan serta menambah baik infrastruktur asas termasuk capaian Internet dan rumah mampu milik.

Inisiatif lain ialah menyelamatkan projek perumahan generasi baharu Felda terbengkalai yang berpotensi untuk dibaik pulih, di samping memperkenalkan skim keusahawanan Felda bagi menggalakkan penglibatan usahawan muda dalam aktiviti pertanian bernilai tinggi melalui penggunaan teknologi terkini dan automasi.

Artikel Berkaitan:

Turut menjadi tumpuan juga untuk memulihkan Felda supaya prestasinya setanding dengan syarikat perladangan kelapa sawit berprestasi tinggi bagi menjamin kesejahteraan peneroka.

Reaksi warga Felda

ANUAR
ANUAR



“Sudah pasti sebagai generasi kedua Felda, saya sambut baik usaha PN untuk bantu generasi kami kerana masih ada yang menumpang rumah keluarga. Cuma prosesnya diperhalusi dan dipermudahkan untuk memiliki rumah.” - Anuar A.Latif, 49, Felda Sungai Nerek

“Saya nampak kesungguhan PN nak membantu rakyat dan memulihkan keadaan. Diharapkan ekonomi lebih stabil selepas ini.” - Wan Puspawati Wan Anuar, 38, Felda Sungai Nerek.

IZHAR
IZHAR



“Tindakan melupuskan hutang peneroka memang dihargai, umpama sudah mengantuk disorongkan bantal. Cuma saya berharap lebih banyak infrastruktur dapat disediakan seperti kemudahan bank.” - Izhar Ahmad, 73, Felda Kemasul, Bentong.

“Jika benar tawaran itu dapat dilaksanakan, ia satu berita gembira dan untuk kerajaan baharu nanti. Saya harap kos hidup dapat dikawal.” - Ahmad Ishak,65, Felda Sungai Nerek.

AHMAD AWANG
AHMAD AWANG



“Memang ketika kerajaan melupuskan hutang peneroka ia satu berita yang amat ditunggu. Kini saya berharap bagi peneroka yang menanam getah supaya Insentif Pengeluaran Getah(IPG) dapat dinaikkan. ” - Ahmad Awang, 68, Felda Jengka 16.

“Syukur kerana pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin membantu peneroka. Saya harap jika PN menerajui negara, masalah rumah generasi kedua diselesaikan. Kalau bukan 100 peratus pun, sekurang-kurangnya lebih ramai generasi ini dapat.” - Shamsudin Abdullah, 61, Felda Kemasul, Bentong.

ABDUL RAHIM
ABDUL RAHIM



“Sebagai generasi kedua, saya amat mengalualukan projek perumahan bagi generasi ini. Jadi saya harap proses permohonan nanti dipermudahkan.” - Abdul Rahim Mat Piah, 53, Felda Sungai Nerek.

“Harapan warga peneroka hanya satu, kerajaan kena stabilkan harga sawit sahaja. Yang lain tiada masalah. ” - Zulmi Abd Rahman, 58, Felda Jengka 24.

HASSAN
HASSAN



“Harap apa yang dijanjikan dapat ditunaikan dan saya sangat berharap kerajaan baharu nanti dapat mengawal harga barang kerana kos hidup kini amat dirasai.” - Hassan Ariffin, 73, Felda Chemomoi, Bentong.

“Saya alu-alukan jika benar PN menawarkan pelbagai insentif untuk warga Felda dan berharap mereka dapat stabilkan harga minyak sawit dan harga siling getah pada tahap sepatutnya.” - Syamsulhadi Mohamad, 57, Felda Sungai Nerek.

ADVERTORIAL