Ronaldo dipanggil perkuat skuad Portugal di Piala Dunia

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo akan memacu cabaran Portugal di Piala Dunia Qatar 2022 selepas ketua jurulatih negara itu, Fernando Santos menyenaraikan penyerang veteran itu dalam skuad terakhirnya.

Selain Ronaldo, turut dipanggil bagi memperkuatkan skuad Portugal ialah rakan sekelabnya, Bruno Fernandes, Diogo Dalot termasuk tiga pemain Manchester City, Bernardo Silva, Ruben Dias dan Joao Cancelo.

“Semua pemain dalam senarai saya ialah mereka yang dahagakan kemenangan dan mahu menjadikan Portugal juara dunia, termasuk Ronaldo.

“Jadi saya yakin mereka ini mampu untuk bergelar juara dunia dan itulah yang akan mereka berikan pada kejohanan ini,” kata Santos.

Sebelum ini status Ronaldo bersama skuad kebangsaan Portugal dilihat agak samar selepas bekas pemain terbaik dunia itu seringkali disisihkan daripada kesebelasan utama Manchester United.

Bagaimanapun, Ronaldo berjaya mendapat kembali kepercayaan pengendali United apabila diturunkan dalam empat perlawanan sebelum ini.

Artikel Berkaitan: