400,000 rumah terima manfaat tenaga solar

Takiyuddin bersama pihak yang terbabit dengan projek tenaga solat melawat kawasan berkenaan di Danau Tok Uban pada Khamis.
Takiyuddin bersama pihak yang terbabit dengan projek tenaga solat melawat kawasan berkenaan di Danau Tok Uban pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Projek Solar Terapung Danau Tok Uban bakal menjana tenaga kepada 40,000 rumah di seluruh negeri ini apabila siap sepenuhnya selewat-lewatnya April tahun depan.

Projek solar bernilai RM450 juta itu menggunakan Teknologi Pengapung yang diintegrasikan bersama akuakultur merupakan projek terbesar dunia dengan kapasiti 100 megawats.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, projek solar ikonik bertaraf dunia itu dengan kerjasama dua syarikat swasta iaitu Cypark Estuary Sdn Bhd dan Cove Suria Sdn Bhd dengan kerjasama Kelantan Utilities Mubaraakan Sdn Bhd.

"Projek ini juga dipercayai akan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 100,000 tan setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas melawat persiapan akhir pengoperasian solar Danau Tok Uban, di sini pada Khamis.

Menurut beliau, Kelantan turut menerima manfaat pembangunan hasil pembinaan projek itu termasuk destinasi pelancongan yang baharu dan peluang pekerjaan.

Projek ini juga mengadakan sumber pendapatan baharu kepada kerajaan negeri melalui bayaran pajakan dan lesen yang dikeluarkan.

"Ia turut mewujudkan industri sampingan dalam industri solar sebagai pembekalan dan penyelenggaraan dan industri akuakultur," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Kelantan dipilih sebagai lokasi projek oleh syarikat Cypark Resources Berhad menerusi kerjasama dengan Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM).

Artikel Berkaitan:

Projek itu selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan (PIPM) yang memfokuskan kepada pelaksanaan agenda pembangunan sosioekonomi negeri secara inklusif membabitkan pihak yang berkepentingan.