Agensi, jentera siap sedia digerak ke lokasi banjir: MB

Amirudin memuat naik kenyataan di Twitter pada Khamis.
Amirudin memuat naik kenyataan di Twitter pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Semua jentera dan agensi terlibat telah bersiap sedia dan digerakkan ke kawasan banjir kilat di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau sudah menerima laporan beberapa kawasan yang sedang dinaiki air akibat hujan lebat dan fenomena air pasang besar.

Kerajaan negeri memantau rapat situasi semasa (kejadian banjir kilat) di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan di Twitter pada Khamis.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, lapan kawasan di sekitar Meru dilanda banjir kilat berikutan hujan tanpa henti sejak 3 petang Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Norazam Khamis berkata, lapan kawasan itu ialah di Meru 3, Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban, Jalan Kenangan dan Taman Daya.

Menurutnya, selain itu air juga melimpah di Jalan Khamis, Jalan Jabar dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru.

Artikel Berkaitan: