Arul Kanda tiba di mahkamah, bakal didakwa bersama Najib

arul
arul
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur jam 8.05 pagi bagi menghadapi pertuduhan berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Beliau tiba diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Oddysey diiringi beberapa buah kenderaan lain.

Arul Kanda ditahan jam 10.32 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Beliau bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan menghadapi pertuduhan bersama berkaitan kes sama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

SPRM, dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan proses pendakwaan itu dilaksanakan selepas pihaknya mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Pada 10 Disember lalu, SPRM menahan Najib bagi melengkapkan proses akhir siasatan sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM pada hari sama.

Artikel Berkaitan: