187 mangsa banjir Klang ditempatkan di PPS SK Johan Setia

Sebahagian mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Johan Setia pada Rabu.
Sebahagian mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Johan Setia pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 187 mangsa banjir terdiri daripada 43 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia, setakat jam 2 pagi Khamis.

Bilik Gerakan Negeri Selangor dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang dalam kenyataan bersama memaklumkan, pemindahan itu dilakukan berikutan Kampung Johan Setia dilanda banjir pada jam 3.30 petang Rabu.

"PPS ini mula dibuka secara berperingkat pada jam 6.30 petang Rabu dan saringan awal serta pengasingan mengikut kesihatan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kenyataan itu memberitahu, semua mangsa yang telah membuat pendaftaran ditempatkan di dalam kelas di sekolah itu mengikut keluarga masing-masing.

"Pecahan jantina ditempatkan di PPS itu ialah seramai 73 lelaki dan 68 wanita dewasa.

"Selain itu, jumlah kanak-kanak lelaki pula seramai 23 mangsa dan kanak-kanak perempuan pula seramai 22 mangsa serta seorang bayi lelaki," jelas kenyataan tersebut.

Media pada Rabu melaporkan, lapan mangsa diselamatkan pasukan penyelamat ekoran banjir yang melanda Kampung Johan Setia, Klang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang serta Balai Bomba dan Penyelamat Andalas untuk membantu mangsa banjir terlibat.

Artikel Berkaitan: