Tony Fernandes luah perasaan...

Luahan Tony di laman mikro Twitter miliknya.
Luahan Tony di laman mikro Twitter miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes meluahkan perasaan di laman mikro Twitter miliknya.

Menurut Tony, sepanjang mengendalikan penerbangan kebajikan, percuma atau khas untuk Ultras Malaya, AirAsia tidak pernah diberi pelepasan cukai lapangan terbang.

Katanya, sepanjang 17 tahun beroperasi, pihaknya sentiasa cuba untuk membantu orang ramai.

“Selama ini apabila AirAsia menyediakan penerbangan kebajikan, penerbangan percuma, penerbangan khas untuk Ultras. Lapangan Terbang Malaysia tak pernah bagi pelepasan cukai.

“17 tahun kami lakukan yang terbaik untuk membantu orang ramai, bukan mudah. Selalu dihentam ramai orang tapi ramai juga yang menghargai kami,” katanya.

Sebelumnya, beliau mengesahkan empat penerbangan tambahan ke Hanoi, Vietnam untuk Ultras Malaya menonton aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018.

[ARTIKEL BERKAITAN: Piala AFF: Empat penerbangan tambahan ke Hanoi]

Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menggunakan format timbal balik dengan skuad negara akan melayan kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil terlebih dahulu malam tadi sebelum aksi final kedua di Hanoi pada Sabtu, 15 Disember.

Artikel Berkaitan: