Giliran Sakinah luah perasaan

Nad Zainal dan Sharifah Sakinah
Nad Zainal dan Sharifah Sakinah
A
A
A

KEMELUT membabitkan pelakon Nad Zainal dengan rakan seindustri seperti Sherry Alhadad dan Nabila Huda kembali menjadi perhatian.

Jika Nabila memberikan komen berbaur sarkastik semalam, Sharifah Sakinah pula tidak lagi berselindung dan memilih untuk meluahkan apa yang dirasa berkaitan bekas kawan baiknya itu.

“Dah boleh delete (padam) hantaran ini. Saya jumpa awak di alam lain (akhirat). Di situ tiada radar.

“Berkata-katalah dari dalam hati, letakkan kaki anda di bumi. Fikiran narsistik, kata-kata palsu dan penafian akan menjadi takdir anda,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Sakinah turut berkongsi paparan skrin doa yang pernah ditujukan kepada Nad semasa pelakon itu koma akibat mengalami pendarahan dalam paru-paru pada penghujung tahun lalu.

Hantaran Sarifah Sakinah di laman sosial.
Hantaran Sarifah Sakinah di laman sosial.



“Mari kita ketuk pintu yang sama, membawa amin paling serius seluruh dunia. Kepada kesayangan saya, Nanad (panggilan buat Nad), awak kuat, awak istimewa dan penyayang.

“Kami semua di sini mendoakan untuk awak dengan penuh harapan dan menunggu. Awak dalam perjuangan ketika kami semua teruskan berdoa,” coretnya.

Artikel Berkaitan:

Isu bermasam muka antara Nad dan beberapa orang sahabatnya menjadi bualan selepas pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu pulih daripada koma sebelum berkahwin buat kali kedua dengan Ungku Ismail pada Januari lalu.

Nad dalam satu temu bual menafikan bermasam muka dengan rakan seindustri.