PRU15: Asyraf Wajdi fokus lima perkara di Gerik

Calon BN Parlimen Gerik Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan walkabout di Pasar Awam Gerik.
Calon BN Parlimen Gerik Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan walkabout di Pasar Awam Gerik.
A
A
A

GERIK - Calon BN Parlimen Gerik Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberikan fokus kepada lima perkara yang perlu diberikan perhatian jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, perkara itu ialah Jalan Raya Gerik-Jeli dan jalan kampung, perkhidmatan kesihatan, alam sekitar, pendidikan dan pelancongan.

"Kemudahan infrastruktur seperti jalan hendaklah ditambah baik kerana masih ada yang perlu dibaik pulih.

"Kemudahan kesihatan untuk bersalin yang tiada terutama di Pengkalan Hulu sehingga terpaksa mendapatkan perkhidmatan di Hospital Baling. Ini menyebabkan mereka yang melahirkan anak di Baling perlu didaftarkan kelahiran di Kedah dan bukan di Perak menjadi rungutan penduduk," katanya dalam sidang media selepas mengadakan Walkabot di Pasar Awam Gerik pada Rabu.

Asyraf Wajdi yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, Gerik mempunyai kawasan hutan semula jadi Royal Belum yang tertua daripada hutan Di Amazon, Brazil.

Beliau berkata, ia menjadi persekitaran yang udaranya nyaman dan menarik dengan keindahan flora dan fauna, gunung, sungai dan kawasan air panas yang boleh dijadikan tarikan untuk ekopelancongan.

Selain itu katanya, Gerik juga boleh diwujudkan kampus setelit dengan menawarkan kursus di peringkat jangka pendek dan jangka panjang untuk program sijil dan diploma yang boleh dimanfaatkan anak muda di sini.

"Saya ada berbincang dengan beberapa naib canselor universiti untuk mendapatkan perhatian kerana Gerik boleh dijadikan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Artikel Berkaitan:

Asyraf Wajdi berkata, sektor pelancong juga boleh memberikan peluang pekerjaan tanpa merosakkan alam sekitar.

Beliau percaya semua perkara tersebut yang boleh diperjuangkan untuk mengubah Gerik menjadi sebuah kawasan yang maju dan memberikan rahmat kepada rakyat di sini.

Asyraf Wajdi menghadapi tentangan dari calon Perikatan Nasional (PN) Fathul Uzir Ayob dan Ahmad Tarmizi Mohd Jam dari Pakatan Harapan (PH)