Calon PH, PN bertembung di Air Putih

Zuraidi (kiri) bersama Andansura dan Chun Kuang yang bertembung ketika melakukan kempen di Air Putih pada Rabu.
Zuraidi (kiri) bersama Andansura dan Chun Kuang yang bertembung ketika melakukan kempen di Air Putih pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Tiga calon daripada dua parti bertembung awal pagi ketika memulakan kempen di Air Putih di sini pada Rabu.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota, Zuraidi Ismail dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, Chan Chun Kuang yang juga mewakili PH secara tidak sengaja bersua muka dengan calon Perikatan Nasional (PN), Andansura Rabu.

Kehadiran mereka secara serentak itu adalah bagi beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung di kawasan terbabit.

Andansura mengakui tiada masalah bertemu dengan kedua-dua calon itu.

"Saya lihat ia satu pertemuan yang ok. Kita kawan lama, tiada masalah pun. Suasana pun ok," katanya ringkas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) kerusi Parlimen Indera Mahkota menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan penyandang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang merupakan calon dari Perikatan Nasional (PN) dicabar Datuk Quek Tai Seong (BN), Zuraidi Ismail (PH) dan Dr Mohamad Nor Sundari (Pejuang).

Bagi kerusi DUN Beserah pula, Andansura ditentang calon Bebas, Joseph Tang Saing, Zulkifli Mohamed (PH), Mohd Fauzi Taib (Pejuang) dan Datuk Seri Mustaffar Kamal Ab Hamid (BN).

DUN Semambu, Chun Kuang (PH) dicabar Khairul Hisham Omar (BN), Zulfadhli Zakariah (PN) dan Dr Rashidah Abdul Rahman (Pejuang).

Artikel Berkaitan: