'Semua pihak patut bersikap adil terhadap Ahmad Zahid'

Mohamad Hassan
Mohamad Hassan
A
A
A

SEREMBAN - Tiada sebab untuk UMNO menolak Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana beliau masih belum didapati bersalah.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masyarakat juga tidak sepatutnya menjatuhkan hukum kepada beliau selagi mahkamah belum menjatuhkan hukuman.

"Beliau (Ahmad Zahid) belum lagi didapati bersalah dan kenapa beliau tidak boleh bertanding pilihan raya melainkan jika mahkamah telah memutuskan beliau bersalah.

"Kalau beliau bersalah, kita (UMNO) yang akan menasihatkan beliau supaya tidak perlu bertanding. Tapi sekarang atas asas apa kita nak menolak beliau," katanya ketika ditemui beramah mesra dengan orang ramai di Pasar Malam Taman Tuanku Jaafar di sini pada Selasa.

Ujarnya, semua pihak sepatutnya bersikap adil terhadap Ahmad Zahid.

Mogamad (duduk dua dari kiri) beramah mesra dengan orang ramai di Pasar Malam TTJ
Mogamad (duduk dua dari kiri) beramah mesra dengan orang ramai di Pasar Malam TTJ

Sementara itu katanya, Pakatan Harapan (PH) tiada modal lain untuk berkempen apabila berterusan menggunakan sentimen UMNO akan melepaskan pemimpin yang didapati bersalah sebaik saja menang pilihan raya.

"Dulu mereka kata Datuk Seri Najib Tun Razak dan sekarang Ahmad Zahid. Cuba lihat trek rekod BN ketika mentadbir dulu yang mana beberapa pemimpin besar parti dipenjarakan kerana didapati bersalah.

Artikel Berkaitan:

"Ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri pun, Najib telah dipenjarakan dan kes Ahmad Zahid tidak ditarik, masih berjalan.

Sehubungan itu katanya, orang ramai terutama orang Melayu jangan terkeliru dengan dakyah kempen PH.