PRU15: Pasukan Petugas Siber ditubuhkan

Annuar Musa -Foto Bernama
Annuar Musa -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Siber melibatkan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pasukan petugas khas atau taskforce itu dianggotai oleh 97 pegawai SKMM dan 31 pegawai PDRM.

“Objektif taskforce tersebut adalah untuk menjalankan pemantauan isu-isu media sosial dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Annuar berkata, di bawah pasukan itu, penggunaan peralatan dan peranti oleh pegawai daripada PDRM adalah secara pinjaman.

Jelasnya, walaupun pasukan itu ditubuhkan khusus untuk PRU15, ia akan dikekalkan selepas tempoh berkenaan dan peralatan serta peranti dibeli akan diguna pakai oleh anggota pasukan tindakan khas bagi kegunaan kes jenayah siber.

“Orang ramai di nasihatkan tidak membuat atau menyebarkan posting yang menyalahi undang-undang,” ujarnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan bahawa kempen PRU15 bermula pada Sabtu lalu dengan hari pengundian pada 19 November ini.

Artikel Berkaitan: