Calon sanggup redah hujan raih undi

Hujan tidak menghalang calon-calon bertanding bertemu peniaga dan pengunjung pasar malam di Taman Perpaduan di sini pada Selasa.
Hujan tidak menghalang calon-calon bertanding bertemu peniaga dan pengunjung pasar malam di Taman Perpaduan di sini pada Selasa.
A
A
A

IPOH - Walaupun terpaksa meredah hujan, calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sanggup basah lencun bertemu masyarakat demi meraih undi.

Itulah yang dilakukan calon BN bagi kerusi Parlimen Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah dan calon kerusi DUN Hulu Kinta, Datuk Mazlan Abdul Rahman yang turun padang di Pasar Malam Taman Perpaduan, di sini pada Selasa.

Mereka tiba di pasar malam itu pada jam 5.15 petang sebelum hujan kira-kira 10 minit selepas bertemu peniaga dan pengunjung di situ.

Tanpa mengendahkan hujan, kedua-dua calon meneruskan aktiviti bertemu pengundi di situ dengan melawat setiap gerai yang ada di pasar malam tersebut.

Sekitar jam 6.20 petang, calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula tiba di pasar malam berkenaan ditemani isteri, Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi.

Ahmad Faizal (kanan) bertemu pengunjung pasar malam di Taman Perpaduan, di sini pada Selasa.
Ahmad Faizal (kanan) bertemu pengunjung pasar malam di Taman Perpaduan, di sini pada Selasa.

Mereka berdua turut meredah hujan meluangkan masa menyantuni peniaga dan pengunjung di kawasan tersebut bersama-sama jentera kempen.

Selain itu, calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Parlimen Tambun, Abdul Rahim Tahir turut berada di pasar malam yang sama bertemu pengundi.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 150 gerai ditempatkan di pasar malam tersebut yang telah beroperasi selama kira-kira 30 tahun.

Sementara itu Bendahari Persatuan Penjaja-Penjaja Kecil Melayu dan Pasar Malam Bergerak Bahagian Kinta, Yunus Osman yang ditemui berkata, isu yang dihadapi peniaga di situ ialah masalah banjir.

Menurutnya, setiap kali hujan lebat, air akan naik di kawasan tersebut menyebabkan peniaga dan pengunjung terpaksa mengharungi banjir kilat.

Beliau berkata, beberapa usaha telah dilakukan namun ia masih tidak dapat menyelesaikan sepenuhnya.