SkyWorld terima dua anugerah

Lee bersama dua anugerah yang dimenangi SkyWorld pada majlis Anugerah Kecemerlangan Hartanah The Edge yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Lee bersama dua anugerah yang dimenangi SkyWorld pada majlis Anugerah Kecemerlangan Hartanah The Edge yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
A
A
A

PEMAJU perbandaran terkemuka, SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) menerima dua anugerah berprestij pada majlis Anugerah Kecemerlangan Hartanah The Edge yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Chee Seng berkata, SkyWorld menerima anugerah menerusi SkyAwani 2 Residence sebagai pemenang The Edge Malaysia Affordable Urban Housing Excellence Award manakala SkyArena, Setapak pula sebagai pemenang The Edge Malaysia Excellence in Place Regeneration Award.

Menurutnya, SkyWorld 2 Residence menerima anugerah itu yang mengiktiraf projek perumahan mampu milik cemerlang dari segi kualiti produk, reka bentuk, inovasi, kebolehcapaian dan ketersambungan, kebolehdiaman, penyelenggaraan, interaksi komuniti, kos tanah dan lokasi.

“Pengiktirafan SkyArena Setapak pula kerana pembangunan bersepadunya yang telah memajukan Setapak sekali gus meningkatkan taraf hidup penduduk dan penciptaan nilai melalui gaya hidup sihat dan berkualiti.

“Kedua-dua pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan kepada SkyWorld. Kami berbesar hati dan berbangga dengan pencapaian ini.

"Saya ingin mendedikasikan pengiktirafan ini kepada SkyRians kami atas ketabahan dan kerja keras mereka dan kepada semua pemegang kepentingan kami atas kepercayaan dan sokongan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, SkyAwani 2 Residence di bawah Siri Awani adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat SkyWorld yang membantu pembeli untuk mengetahui mengenai rumah mampu milik terutamanya dalam kalangan pembeli rumah kali pertama.

“SkyArena merupakan penerokaan pertama kami di Setapak dengan matlamat untuk meningkatkan kehidupan bandar dengan memperkenalkan konsep ‘Kehidupan Aktif’ yang akan meningkatkan kesejahteraan dan kesejahteraan penduduknya.

Artikel Berkaitan:

“Kami telah menetapkan visi kami untuk menjadi semudah ABCD atau ‘Always Best City Developer’ dengan tujuan yang jelas untuk ‘Menjadikan Kehidupan Lebih Baik’. Kami akan terus kekal fokus di bandar dan membina hartanah kami di sekitar tiga Tonggak Jenama kami 'Sky Living Experience, Innovation and Value Creation',” katanya.