Residensi Dian II menang anugerah berprestij

Perumahan berkonsep Bali dan resort yang dibangunkan oleh CPI Land merangkul Anugerah Star Property 2023

A
A
A

No Image Caption

SHAH ALAM - Pemaju hartanah terkemuka, CPI Land berjaya meraih kemenangan besar dengan dua anugerah berprestij di Anugerah StarProperty 2023.

Anugerah itu adalah Anugerah Sentuhan Asing (Foreign Touch Award) dan Anugerah Kediaman Berkonsepkan Resort (Resort-Living Home Award), yang mengukuhkan lagi kedudukan CPI Land sebagai pelopor dalam industri hartanah.

Anugerah StarProperty mengiktiraf CPI Land untuk penciptaan hartanah yang mengagumkan dengan rekaan menarik pada harga mampu milik. Anugerah Sentuhan Asing (Foreign Touch Award) mengiktiraf usaha CPI Land dalam mewujudkan Residensi Tuan 2egacy; pembangunan unik yang menggabungkan unsur seni bina Kolonial dan Georgian Revival dengan ciri seni bina Peranakan, yang memberikan pembelinya pengalaman kehidupan kosmopolitan di samping menyediakan rumah berkonsep British.

Anugerah ini menyerlahkan lagi dedikasi CPI Land untuk mencipta kediaman yang menggandingkan pengaruh reka bentuk antarabangsa dengan budaya tempatan, bagi menyediakan persekitaran hidup yang unik dan menawan.

Selain itu, komitmen CPI Land untuk mewujudkan pengalaman kehidupan ala resort telah menempa satu lagi kejayaan menerusi Anugerah Kediaman Berkonsepkan Resort (Resort-Living Home Award) untuk Residensi Dian II yang menawarkan penduduknya gaya hidup yang tiada tandingan di tengah-tengah kehijauan yang menyejukkan pandangan, kemudahan yang selesa dan suasana yang menenangkan.

No Image Caption

Kehadiran Residensi Dian II di tengah-tengah Shah Alam sebagai bandar yang terkenal dengan pertumbuhan dinamik dan komuniti maju, bakal menyemarakkan lagi kehidupan di ibu negeri Selangor itu dengan mercu tanda kehidupan mewah, pada tahun 2027.

Sesuai dengan cita rasa moden, Residensi Dian II menampilkan hasil karya yang sempurna dengan memberi perhatian kepada setiap perinciannya. Residensi eksklusif ini menawarkan ruang kediaman yang direka teliti dengan menyatukan nilai estetika dan fungsi secara harmoni.

Setiap perincian Residensi Dian II direka untuk menggambarkan teras seni bina dan reka bentuk Bali. Penduduk residensi ini akan disambut dengan kehijauan yang menyegarkan, deruan air yang menenangkan, serta laluan yang membangkitkan rasa tenang dan damai.

Reka bentuk ini memberi penghormatan kepada gaya tradisional Bali, yang bercirikan susun atur terbuka, bahan-bahan natural dan integrasi harmoni dengan alam semula jadi.

No Image Caption

Elemen berinspirasikan Bali seperti pertukangan kayu yang rumit dan halus, bumbung jerami, serta hiasan berukir menyerikan ruang luar, mewujudkan nilai estetika Bali yang asli dan memikat pandangan.

Dilengkapi Candi Bentar yang indah, kolam spa, astaka terapung dan taman berlandskap yang subur menghijau. Penduduk di sini boleh bersantai di taman-taman yang dijaga rapi, dipenuhi tumbuh-tumbuhan eksotik, elemen air, dan tempat rehat yang teduh.

Sebagai bukti komitmennya terhadap kehidupan holistik, Residensi Dian II menyediakan pelbagai kemudahan yang memenuhi keperluan penduduk antaranya bersantai di tepi kolam renang, kekal aktif di gimnasium unik yang dibina di bangunan bertiang tinggi, atau menganjurkan perjumpaan di ruang istirahat adalah antara kemudahan yang disediakan dalam hartanah ini.

Pembangunan ini juga memberi keutamaan kepada aspek keselamatan dan kemudahan, dengan pengawasan 24-jam dan plaza drop off yang menarik.

No Image Caption

Sementara itu, Pengarah, CPI Land, Chung Shan Tat,berkata, pihaknya sangat gembira dan teruja diatas penganugerahan dan pengiktirafan itu sekaligus memberi semangat kepada pihaknya dalam menyediakan rumah yang mewah dan mampu milik kepada penduduk.

“Penghargaan ini adalah bukti kepada orang ramai akan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan dan dedikasi kami untuk mencipta kediaman yang luar biasa dan melangkaui jangkaan.

“Kami berbangga dengan pencapaian ini dan berazam untuk mewujudkan lebih banyak residensi yang menjadi kediaman selesa kepada pembeli-pembeli kami.

“Residensi Dian II adalah permata kebanggaan kami dan kami mengalu-alukan bakal penduduk untuk mengunjungi galeri pameran kami di Menara U2. Saya percaya pemilik kediaman akan terpesona dengan usaha kami membawa Bali ke Shah Alam,”katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan CPI Land dan projek dibawahnya, sila layari www.cpiland.com.