Polis Melaka lulus 46 permit ceramah

Sebahagian bendera parti yang dipasang di kawasan Dataran Keris Alor Gajah.
Sebahagian bendera parti yang dipasang di kawasan Dataran Keris Alor Gajah.
A
A
A

MELAKA - Polis Melaka meluluskan sebanyak 46 permohonan permit ceramah bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh tiga hari bermula hari penamaan calon lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, semua parti politik dinasihatkan mengemukakan permohonan permit ceramah ke ibu pejabat polis daerah (IPD) masing-masing terlebih dahulu untuk mengadakan sebarang bentuk ceramah.

"Kita akan membantu memudahkan proses permohonan permit, namun perlulah mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Tambah beliau, dalam tempoh itu juga pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berkaitan jenayah khianat mencabut bendera parti lawan pada hari ketiga.

"Bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat berkaitan perbuatan mencabut dan mencampakkan bendera parti di atas jalan itu," katanya lagi.

Jelas beliau, secara keseluruhan keselamatan di Melaka terkawal dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Artikel Berkaitan: