Rasuah 'virus' perosak negara

Yu Hui
Yu Hui
A
A
A

RAUB - Pemimpin termasuk ahli politik di negara ini wajib memegang erat nilai integriti dalam diri masing-masing.

Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Raub dari Dap, Chow Yu Hui berkata, negara atau organisasi akan rosak jika ditadbir pemimpin tidak berintegriti kerana tanpa nilai itu mereka mudah terjerumus kepada rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai penyelewengan.

Menurutnya, rasuah diibaratkan virus yang cukup bahaya kerana gejala itu boleh merosakkan sistem dan ekonomi sesebuah negara.

Budaya negatif ini perlu diperangi habis-habisan kerana ia telah berlaku di semua peringkat baik di bawah mahupun atasan.

"Sekiranya ia dibiarkan berleluasa, negara akan berdepan krisis serius khusus dalam aspek ekonomi kerana pelabur luar tidak akan melabur di sesebuah negara dengan kadar rasuah tinggi," katanya.

Yu Hui berkata, ketika PH mentadbir negara ini selama 22 bulan, usaha memerangi rasuah menjadi satu keutamaan sehingga ada pemimpin tertentu telah dibawa ke mahkamah.

"Sebab itu, dalam memilih kerajaan, rakyat perlu bijak membuat pilihan dengan memilih pemimpin dari parti yang tiada atau kurang rasuah.

"Saya sendiri sebagai calon PRU15 memberi komitmen sepenuhnya untuk menjaga integriti, menolak rasuah, tidak akan salah guna kuasa dan menunaikan janji kepada rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan: