2,521 kes baharu Covid-19, lapan kematian

Malaysia merekodkan 2,521 kes baharu Covid-19 pada Isnin. - Foto Bernama
Malaysia merekodkan 2,521 kes baharu Covid-19 pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,521 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Ia menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 4,929,972 kes sejak pandemik Covid-19 bermula.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak lapan kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dan dua kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini sebanyak 36,495 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 34,534 kes, dengan 32,766 atau 94.9 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala seramai 1,695 pesakit ditempatkan di hospital dengan 73 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Artikel Berkaitan: