PH mampu menang banyak kerusi Parlimen hanya ramalan Rafizi

Hishammuddin ketika ditemui pemberita selepas turun berkempen dengan calon BN Parlimen Pagoh, Datuk Seri Razali Ibrahim di Grisek.
Hishammuddin ketika ditemui pemberita selepas turun berkempen dengan calon BN Parlimen Pagoh, Datuk Seri Razali Ibrahim di Grisek.
A
A
A

TANGKAK - Dakwaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kononnya Pakatan Harapan (PH) mampu memenangi sebahagian besar kerusi Parlimen, khususnya di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya sekadar ramalan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakyat yang akan menentukan siapa yang bakal memenangi PRU15, pada 19 November ini.

Apa yang penting akhirnya (kita) tunggu 19 November ini. Ramalan-ramalan Rafizi ini, saya nak ingatkan kadang-kadang bila menjadi, dia ambil kredit, (namun apabila) ramalan yang dia buat tak menjadi, orang lupa.

“Sebelum ini, Presiden PKR, Anwar Ibrahim kata PH mampu menang 100 kerusi kemudian Rafizi pula kata boleh menang 80 kerusi. Dia dan Anwar pun tidak nampak ada persefahaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas turun berkempen dengan calon BN Parlimen Pagoh, Datuk Seri Razali Ibrahim di Grisek.

Rafizi pada Ahad mendakwa, PH yakin mampu menyapu bersih 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan, selain 19 daripada 22 kerusi di Selangor pada PRU15.

Beliau berkata, pihaknya turut menjangkakan PH bakal melakukan kejutan besar di Negeri Sembilan, selain berpotensi memenangi 13 hingga 15 kerusi di Johor.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, setakat ini Ismail Sabri Yaakob masih lagi menjadi ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri daripada BN.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Sembrong menegaskan perkara itu sudah ditentukan parti.

“Bukan saya tentukan, dari dahulu lagi parti sudah buat pendirian.

"Sekiranya ada apa-apa perubahan, tak sampai kepada saya lagi. Yang penting nak jadi perdana menteri kita kena menangkan parti kita dahulu,” katanya.