Rizab antarabangsa BNM naik kepada AS$105.2 bilion

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$105.2 bilion (AS$1=RM4.74) pada 31 Oktober 2022, naik daripada AS$104.5 bilion pada 14 Oktober 2022. - Foto 123RF
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$105.2 bilion (AS$1=RM4.74) pada 31 Oktober 2022, naik daripada AS$104.5 bilion pada 14 Oktober 2022. - Foto 123RF
A
A
A

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$105.2 bilion (AS$1=RM4.74) pada 31 Oktober 2022, naik daripada AS$104.5 bilion pada 14 Oktober 2022.

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Katanya, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$93.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.5 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.6 bilion).

Aset tersebut terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM487.79 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.63 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM55.11 bilion).

Menurut BNM, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM155.24 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.86 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM183.47 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM9.69 bilion), deposit lain (RM34.20 bilion), kertas Bank Negara (RM9.64 bilion), peruntukan SDR (RM28.70 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.13 bilion). - Bernama

Artikel Berkaitan: