Warga emas terperangkap dalam kebakaran

Mariam dikejarkan ke Hospital Melaka akibat terhidu asap setelah rumahnya di Taman Bukit Katil di sini terbakar, malam tadi.
Mariam dikejarkan ke Hospital Melaka akibat terhidu asap setelah rumahnya di Taman Bukit Katil di sini terbakar, malam tadi.
A
A
A

MELAKA - Seorang wanita warga emas terpaksa dikejarkan ke hospital akibat terhidu asap dan berkeadaan separuh sedar setelah rumahnya terbakar di Taman Bukit Katil di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.50 malam itu, mangsa, Mariam Hamidun, 80, yang terperangkap di dalam bilik di tingkat dua rumah berkenaan bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Pasukan bomba yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Kanan Bomba II, Seleman Togi berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.52 malam dan tiba di lokasi kebakaran kira-kira tujuh minit kemudian.

Anggota bertugas terpaksa menggunakan tangga dan memotong jeriji besi bagi menyelamatkan mangsa.
Anggota bertugas terpaksa menggunakan tangga dan memotong jeriji besi bagi menyelamatkan mangsa.

Menurutnya, kebakaran dipercayai bermula di bahagian ruang tamu rumah batu dua tingkat itu sebelum merebak di tingkat atas.

"Semasa jentera sampai didapati api sedang marak dan anggota yang menjalankan operasi mengawal kebakaran di bahagian bawah dimaklumkan oleh jiran terdapat seorang mangsa di bahagian atas.

"Anggota bertugas terpaksa menggunakan tangga dan memotong jeriji besi bagi menyelamatkan mangsa," katanya dalam operasi melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil serta di bantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang Temu.

Artikel Berkaitan:

Keadaan rumah warga emas tersebut di Taman Bukit Katil setelah mengalami kebakaran, malam tadi.
Keadaan rumah warga emas tersebut di Taman Bukit Katil setelah mengalami kebakaran, malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, mangsa di percayai tinggal berseorangan ketika berlakunya kejadian itu.

"Pihak bomba terpaksa mengeluarkan mangsa melalui tingkap bilik kerana mangsa berkeadaan separuh sedar akibat terhidu asap, namun tidak cedera.

"Mangsa kemudiannya telah di bawa ke hospital Melaka untuk menerima rawatan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.