Kegiatan seludup ke negara jiran punca telur ayam kurang

Kekurangan bekalan telur ayam ketika ini berpunca daripada kegiatan penyeludupan ke negara jiran. (Gambar kecil: Annuar)
Kekurangan bekalan telur ayam ketika ini berpunca daripada kegiatan penyeludupan ke negara jiran. (Gambar kecil: Annuar)
A
A
A

KOTA BHARU - Kekurangan bekalan telur ayam dalam negara ketika ini adalah berpunca daripada kegiatan penyeludupan ke negara jiran iaitu Thailand, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, kegiatan itu berlaku berikutan harga telur ayam di Thailand lebih mahal berbanding di Malaysia.

"Bekalan telur ayam mengalami kekurangan lebih 100,000 biji sebulan, kita rayu supaya mereka yang terlibat dalam kegiatan ini agar tidak menyeludup ke Thailand.

"Kita tidak dapat tambah bekalan telur ayam dengan kadar segera memandangkan proses ayam gantian untuk menghasilkan telur baharu memerlukan tempoh sehingga empat bulan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada lebih 200 mangsa ribut dekat Kampung Tegayong, Melor di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, isu kekurangan bekalan telur ayam dijangka dapat dipulihkan pada akhir Disember depan.

"Pihak kita pernah mengadakan perbincangan untuk import telur ayam tetapi kita dapati harganya lebih mahal berbanding Malaysia," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: