'Tugas JDT masih belum selesai'

Hector mahu barisan pemain JDT terus bekerja keras pada aksi kedua suku akhir Piala Malaysia di Johor Bharu nanti.
Hector mahu barisan pemain JDT terus bekerja keras pada aksi kedua suku akhir Piala Malaysia di Johor Bharu nanti.
A
A
A

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mahu barisan pemainnya terus bekerja keras meskipun berjaya meraih bekalan selesa setelah melakar kemenangan 3-0 bertemu Kelantan FC pada aksi pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu.

Pengendalinya, Hector Bidoglio berkata, walaupun menang, namun tugas JDT masih belum selesai kerana mereka perlu mengharungi aksi pusingan kedua selepas ini.

"Tugas belum selesai dan JDT perlu terus bekerja keras. Kita akan lihat terlebih dahulu kepada aspek pemulihan dan prestasi semasa pemain," katanya semasa sidang akhbar selepas tamat perlawanan.

Beliau bagaimanapun berkata, pasukannya bernasib baik kerana memiliki ramai pemain berkualiti pada setiap posisi sekali gus membolehkan penggiliran dibuat tanpa sebarang masalah.

Sementara itu, jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya berkata, kesungguhan yang telah ditunjukkan barisan pemainnya wajar diberikan pujian walaupun perbezaan dengan pasukan lawan agak ketara.

Menurutnya, pemain-pemain Kelantan FC telah memberikan aksi yang terbaik sungguhpun dibolosi gol-gol yang tidak sepatutnya berlaku.

"Kita sedar kekuatan JDT dan kami cuba bersaing. Apa pun pemain-pemain telah memberikan persembahan terbaik. Bagi saya mereka telah menunjukkan corak permainan yang boleh dipuji," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: