Polis Johor terima permohonan 47 permit ceramah, kempen

Anggota polis Johor melakukan kawalan semasa hari penamaan calon di bandar Kluang, Kluang, pada Sabtu
Anggota polis Johor melakukan kawalan semasa hari penamaan calon di bandar Kluang, Kluang, pada Sabtu
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menerima permohonan 47 permit ceramah dan kempen di seluruh negeri untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jurucakap Media Pilihan Raya Umum ke-15 Johor, Superintendan Ibrahim Mat berkata, secara keseluruhan PDRM Johor meluluskan 58 permit ceramah dan kempen untuk parti-parti politik membuat permohonan itu sepanjang tempoh 14 hari berkempen pada PRU15.

"Polis Johor menasihatkan semua parti serta kumpulan penyokong sentiasa mengikut segala peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan dan menghormati antara satu sama lain dalam tempoh masa berkempen.

"Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman berkata, polis Johor menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam proses penamaan calon di 26 buah pusat penamaan calon seluruh negeri pada Sabtu.

"Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua petugas dan jentera pilihan raya serta penyokong parti yang terlibat kerana proses penamaan calon berjalan lancar dan cukup matang serta mematuhi peraturan ditetapkan," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: